Friday 19 August 2011

Blueberry Cheese Cake.

Bahan-bahannya 


1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... tp nak pakai separuh jer..
bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram.
2 sudu besar butter tak payah membumbung.
3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.
1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.
2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.
1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.
1/4 sudu kecil almond extract.
1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. 



Cara membuat:


Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Saya rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye. 


Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak.Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.


pukul krim cheese hingga sebati dan berkrimPastikan peralatan yang digunakan kering.

Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan. 

Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur.

Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.

Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.

Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah.

Tips dari bibik :


Selepas mencuba membakar dan melihat hasil ketiga-tiga biji cheese cake dalam masa 1 hari. Saya rasa suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.


No comments:

Post a Comment